Thursday, September 18, 2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Renungan bersama!!!

Cinta tidak pernah meminta. Ia sentiasa memberi.
Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam,
tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada
kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih-sayang ialah jangan
menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang
kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Cinta tidak memberi apa-apa melainkan dirinya dan tidak mengambil
apa-apa melainkan daripada dirinya. Cinta tidak mengawal sesiapa
dan tidak boleh dikawal sesiapa kerana cinta lengkap dengan sendirinya.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala
di mana-mana jua pun yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang
jauh seperti menerangai tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih
sayang pada segala yang bernyawa.

Jangan menerima cinta seseorang kerana kepentingan diri atau terpaksa.
Terima dengan ikhlas sepertimana sidia menyintaimu. Manakala mencintai
juga jangan terlalu melebihi batas sehingga melebihi cinta pada diri sendiri.
Apa sahaja yang dilakukan dalam hidup perlu seimbang termasuk bercinta.

Andai kata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andai kata
ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah,
bukan suatu hasil usaha.